Saturday, June 19, 2010

Happily Ever After??


Salam.


Tadi baru lepas menonton filem Lagenda Budak Setan dengan adik-beradik aku. Ceritanya overall aku rasa okay. Cuma aku rasa Ayu cepat sangat suka kat Kasyah. Terlalu cepat sangan jalan cerita dia. Plot-plot penting dalam novel sebenar macam ada yang tertinggal. Hahaa.. Lagi satu yang aku bengang camera-shot dia yang terlalu fokus pada muka. Habis nampak lubang-lubang kat muka (Aku bajet muka licin). Bak kata Kakyong n Nazirah, pemandangan sekeliling pun cantik tapi fokus sangat kat muka kan. Macam skrin kamera tu kecil bagai. Hahaa..

Tapi itu bukan fokus aku, aku nak cakap pasal Happily Ever After. Exist ke,wujud ke? Aku selalu tengok couple merata berpegang-pegang tangan, peluk, buat aksi konon-konon nak menunjukkan kasih sayang diaorang. Mungkin cara diaorang nak ekspresi sayang dan cinta. Aku tak tahu sejak bila aku rasa takut nak bercouple. Mungkin dari usrah dekat Matriks dulu. Aku pernah bercouple tapi tak pernah berdating. Aku jalan dua orang dengan lelaki tu pernah. Tapi aku keluar dengan laki tu pun atas dasar kawan. Aku tau kita diharamkan keluar berdua-duaan tanpa ditemani mahram. Aku kesal sangat dengan apa yang aku buat. Tapi kadang-kadang keinginan itu tak dapat dikawal. Dengan kawan-kawan sekeliling yang bergaul bebas dengan lelaki. Serabut!!

Terima kasih pada Zamri yang bagi inspirasi pada aku. Dia tanya kau ni asyik-asyik skandal je bila nak serious. Aku terus balas aku nak serious terus kahwin. Tak payah nak couple dating2 ke. Halal terus. Idea yang drastik. Memang gila bagi orang zaman sekarang. Aku pun ada perasaan nak ada berpunya nak disayangi. Semua2 lah. Tapi sebab perasaan aku benci, takut pada lelaki menghalang perasaan nak berpunya tu. Aku terfikir if kita couple bukan ada ikatan sah dari segi Islam dan undang-undang.

Dari segi Islam, kita lagi menambahkan dosa apabila berdua-duaan kerana yang pastinya yang ketiganya adalah syaitan.

Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat".(30) Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, (31) An Nuur : 30-31

Yang aku dapat tafsir dari sini kita patut menjaga pandangan apabila kita bersam yang berlawanan jantina supaya tak menimbulkan perasaan lain. Bila dah bercinta dan bercouple, mestilah nak berpandang-pandang.

Dari segi undang-undang pulak, aku terfikir lepas kita putus bukan boleh claim semua barang yang kita kasi. Ala-ala nak tuntut nafkah sepencarian. (Apa yang aku merapik ni XD). Senang cakap perasaan suka itu memang ada as fitrah dalam diri tapi aku cuba kawal. Aku cuba kawal perasaan.

Laz skali, sebab aku tak mahu bercouple sebab aku masih tak jumpa laki yang memahami aku. Aku dah penat asyik memahami orang lain. Aku masih tak jumpa laki or orang yang aku boleh percaya seratus-peratus.( p/s: aku ada trust issue. thanx to dat particular someone) Aku tak ready.

Wslm.
Yang baik itu datang dari Allah, yang buruk itu datang dari Allah juga tapi bersandarkan atas kelemahan saya sendiri~

1 comment:

sisters IPG Rajang said...

z aku suke gile post ko pasal kapel..xyah la sebok nak kapel..kapel dlm islam tu ialah kawin ikatan yang sah...;)bercinta lepas kawin lebih nikmat dri bercinta sebelum kawin ...sbb x nikmat dah kena pegang sane pegan sini..aku tertarik yang zam ckp kena serius..hahah..serius ble nak kawin sudah la...tu yang aku no feeling toward LBS or love ..haha..