Sunday, December 18, 2011

Seteressssss

Slm.

Ini adalah luahan semata2. jadi jika anda baca dan terasa ini adalah kutukan terhadap diri anda. jangan teruskan baca sebab aku post ini adalah luahan hati semata-mata. dan aku cakap bukan nak aib kau ke ape sebab aku tak letak nama siapa2. jadi diulangi, jika anda baca ini untuk cari kesalahan aku silalah berhenti dan tekan butang x ke belog aku. sebab aku xperlu pahala free yg awak dapat dari caci maki saya dan aku xberminat untuk bergaduh dan cari musuh. plus, ini adalah belog aku jadi suka hati aku lah nak post apa.

sejak ak naik post ini, aku rasa ke stress-an hidup aku bertambah. sebab apa? mungkin kerana aku naik kerana ada perubahan post di dalam kolej aku. jadi aku lak jadi pak sanggup. aku rasa ada yang berkata, alah, dia tuh beriye kata xnak naik tapi naik jugak. dah tuh naik nak gila kuasa. aku admit aku memang gila kuasa tapi aku hanya gila kuasa bila aku dah dapat kuasa yg diberikan kepada aku atas kerana undian orang2 yg xnak memegang jawatan ini atau merasakan aku yg sesuai untuk jawatan itu. jadi aku dengan separuh rela aku menerima jawatan ini. aku fikir aku bukan jenis orang yang suka diarah, (aku kan gila kuasa) jadi aku terima jawatan ini. banyak perubahan yang berlaku sejak aku naik jawatan ini.

Terus terang aku cakap walaupun ada saatnya aku menyesal tapi ini mungkin takdir aku dapat jawatan ini sebab aku dah tolak jawatan ini awal2 tapi kerana masalah2 yg berlaku aku terpaksa naik. bila aku naik, orang2 yg aku kenali suka sangat mengutuk ini itu persatuan aku. dulu bila aku kat luar persatuan pun, aku xdelah mengutuk itu ini. sebab aku rasa kutukan yg belakang2 macam itu xde hasil and tiada guna sebab tiada orang dengar dan anda cakap itu cam tin kosong. sumpah aku rasa utk mengumpul merit utk stay kolej itu tiada masalah jika anda pandai carik. sebab ak nyatakan walaupun aku tahun lepas memegang jawatan yg membolehkan aku stay kolej, aku masih mampu mengumpul merit yang membolehkan ak stay kolej dan aku tambah aku dapat merit yg sama taraf dengan senior punya. jadi ak rasa hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. dari kau duk bising2 apa yg ko xboleh buat, aku rasa lebih produktif jika kau mencarik benda yg kau boleh buat.

seterusnya, (bajet karangan) benda yg menjadi kemusykilan aku ialah kenapa bila ak mampu siapkan kerja kau xmampu. sesungguhnya aku bukan manusia yg menjadi tempat utk ko buat tiru sana sini. ye awal2 niat aku ialah membantu tetapi jika tiap kali ada kerja je kau copyright aku punya, aku memang hangin. niat untuk membantu itu sudah bertukar jadi lain jadi minta maaf lah, keikhlasan aku untuk membantu itu sudah kurang. sesungguhnya, aku sudah bosan mendengar kau meminta masa untuk aku berkongsi ilmu dengan kau. aku kurang suka manusia yang bercakap tanpa melaksanakan tapi tak kisah lah itu hidup kau. jadi, jika kau memerlukan pertolongan aku mintalah aku supaya aku ajar aku. inshaAllah aku akan ajar. dan bila aku ajar tolonglah sedaya upaya untuk membantu diri kau juga. aku manusia yang pentingkan diri dan itu mengajar aku untuk berdikari. jadi cubalah juga kau untuk berdikari dan berdiri atas dua kaki kau sendiri.

tambahan lagi, aku sebagai ketua memang cuba menerima seadanya bukan semua orang suka kepada aku. aku tak boleh tolak kenyataan aku. tapi kau bekerja untuk jadi sama2 lah kita kerjasama sebab aku rasa tujuan kita sama cuma harga keputusan di hujungnya berbeza. amat2 berbeza. jadi aku harap kau cuba memahami aku kerja bukan untuk puaskan hati aku diri sendiri sebab orang yang gila kuasa sahaja, aku ada orang sekeliling dan orang atasan yang perlu aku ikuti arahan dan peraturannya. jadi tolonglah bantu aku untuk harungi benda2 ini. dan hanya Tuhan yg mampu membalas segala jasa kau. aku hulurkan salam kemaafan andai aku terover sangat tapi bertahan lah dengan aku. hanya setahun aku di jawatan ini inshaAllah. aku harap kau ambil aku sebagai pengalam untuk berurusan dengan orang yg gila kuasa seperti aku sebab jalan kita masih jauh dan xkan jadi jalan yg senang selalu.

akhir kata, aku nak meminta maaf lagi sekali jika ada yang terasa dan masih membaca hingga ke noktah terakhir luahan aku ini. sumpah aku memang tiada niat untuk membangkitkan bunga2 perang atau yang sewaktu dengannya. aku hanya ingin luahkan tanpa niat lain.

peace no war :D
-Zahrina-







No comments: