Saturday, June 19, 2010

Happily Ever After??


Salam.


Tadi baru lepas menonton filem Lagenda Budak Setan dengan adik-beradik aku. Ceritanya overall aku rasa okay. Cuma aku rasa Ayu cepat sangat suka kat Kasyah. Terlalu cepat sangan jalan cerita dia. Plot-plot penting dalam novel sebenar macam ada yang tertinggal. Hahaa.. Lagi satu yang aku bengang camera-shot dia yang terlalu fokus pada muka. Habis nampak lubang-lubang kat muka (Aku bajet muka licin). Bak kata Kakyong n Nazirah, pemandangan sekeliling pun cantik tapi fokus sangat kat muka kan. Macam skrin kamera tu kecil bagai. Hahaa..

Tapi itu bukan fokus aku, aku nak cakap pasal Happily Ever After. Exist ke,wujud ke? Aku selalu tengok couple merata berpegang-pegang tangan, peluk, buat aksi konon-konon nak menunjukkan kasih sayang diaorang. Mungkin cara diaorang nak ekspresi sayang dan cinta. Aku tak tahu sejak bila aku rasa takut nak bercouple. Mungkin dari usrah dekat Matriks dulu. Aku pernah bercouple tapi tak pernah berdating. Aku jalan dua orang dengan lelaki tu pernah. Tapi aku keluar dengan laki tu pun atas dasar kawan. Aku tau kita diharamkan keluar berdua-duaan tanpa ditemani mahram. Aku kesal sangat dengan apa yang aku buat. Tapi kadang-kadang keinginan itu tak dapat dikawal. Dengan kawan-kawan sekeliling yang bergaul bebas dengan lelaki. Serabut!!

Terima kasih pada Zamri yang bagi inspirasi pada aku. Dia tanya kau ni asyik-asyik skandal je bila nak serious. Aku terus balas aku nak serious terus kahwin. Tak payah nak couple dating2 ke. Halal terus. Idea yang drastik. Memang gila bagi orang zaman sekarang. Aku pun ada perasaan nak ada berpunya nak disayangi. Semua2 lah. Tapi sebab perasaan aku benci, takut pada lelaki menghalang perasaan nak berpunya tu. Aku terfikir if kita couple bukan ada ikatan sah dari segi Islam dan undang-undang.

Dari segi Islam, kita lagi menambahkan dosa apabila berdua-duaan kerana yang pastinya yang ketiganya adalah syaitan.

Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat".(30) Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, (31) An Nuur : 30-31

Yang aku dapat tafsir dari sini kita patut menjaga pandangan apabila kita bersam yang berlawanan jantina supaya tak menimbulkan perasaan lain. Bila dah bercinta dan bercouple, mestilah nak berpandang-pandang.

Dari segi undang-undang pulak, aku terfikir lepas kita putus bukan boleh claim semua barang yang kita kasi. Ala-ala nak tuntut nafkah sepencarian. (Apa yang aku merapik ni XD). Senang cakap perasaan suka itu memang ada as fitrah dalam diri tapi aku cuba kawal. Aku cuba kawal perasaan.

Laz skali, sebab aku tak mahu bercouple sebab aku masih tak jumpa laki yang memahami aku. Aku dah penat asyik memahami orang lain. Aku masih tak jumpa laki or orang yang aku boleh percaya seratus-peratus.( p/s: aku ada trust issue. thanx to dat particular someone) Aku tak ready.

Wslm.
Yang baik itu datang dari Allah, yang buruk itu datang dari Allah juga tapi bersandarkan atas kelemahan saya sendiri~

Thursday, June 17, 2010

Slm. Dengan mood aku tengah semangat menulis cerpen kerana kebosanan mula merajai di hati. Sebelum otak makin blur, tangan ak yang gatal2 ni pun menulis. Aku selalu banyak idea tapi malas nak tulis. Angin apa yang buat aku semangat nak menulis. Okee,readers. Have fun!!




Shoot,lambat lagik.Arina melihat jam di tangannya buat kali ketiga. Jam minit menunjukkan lagi lima minit ke pukul lapan. Dia cuba untuk berlari tapi baju kurung itu menyusahkan dia. Dia mencuba langkah besar pula. Tapi tika dia melangkah masuk ke kelas tutor, dia berlanggar dengan seseorang. “R, tolong bagi jalan kat aku dulu boleh tak” Daniel menolak Arina dengan bahunya. “Erh, pakcik bukan kau seorang je yang lambat pergi ke kelas tau. Erh,tepi lah sikit skeleton” Arina cuba menahan tolakan Daniel dengan bersandar ke pintu. Akhirnya dia berjaya masuk ke kelas dahulu.”Victory!” Arina menjelir lidah selepas duduk di kerusi bersebelah Syuhada. “Late doesn’t suits you dear. What happen to you? No,what happen to Amir? What did he said?” Syuhada menyoal Arina dengan bertubi-tubi. “We breakup. Daniel, even ko nak curi dengar pun ko xreti nk cover ke?” Arina menarik kerusinya berjauhan dari Daniel. Sebelum Arina sempat menerangkan apa yang berlaku dengan Amir, Puan Aisyah masuk ke bilik tutor. “Assalamualaikum and morning people. I expect you have finished all the homeworks that I’ve given you yesterday. Now, who have any question regarding the homeworks. Question 5 to 20. It’s on page 25 Daniel” Puan Aisyah meletakkan beberapa marker pen di atas mejanya. “Puan, number 10. Erh, how to find the other zeroes of the polynomial?”kata Adam sambil mengangkat tangannya. Daniel menendang kerusi Arina dan serta merta Arina terjerit kecil. “Yes Arina. You would like to answer the question number 10?” Puan Aisyah menghulurkan marker kea rah Arina. Sebelum Arina kehadapan untuk menulis penyelesaian soalan tadi, dia sempat menjeling tajam ke arah Daniel.

Habis kelas tutor, Daniel lekas keluar. “Weh,pakcik. Ko nak pergi mana? Sinila pandai” “Aku nak pergi mana,kita ada lecture lepasni kat DKB(dewan kuliah besar)” Daniel mempercepatkan langkahnya. Arina menarik beg Daniel dari belakang,“Sejak bila ko pergi lecture. Kau bukan tak pernah datang ke? Tolong jangan berlakon erh, aku xhabis cakap lagik!” “Ko xpuas hati ko kena tulis jawapan tadi kat depan ke. Confirm kau taw jawapan tadi. Aku just nak jimat masa. Nak suruh orang lain jawab xde orang akan serajin dan seberani kau”,Daniel berhenti berjalan dan memandang tepat ke arah Arina. “Aie, kau kata nak cerita pasal Amir. Apa jadik”, Syuhada tiba-tiba menepuk bahu Arina. “Amir,who is Amir? Pakwe kau ke. Bukan ke couple tu haram dari definisi kau”,Daniel menanya Arina. “None of your business. Syud, jom la kita dah lewat nak pergi lecture. Nanti aku cerita time kita gap nanti

Amir kata dia xboleh commit long distance relationship. Aku dah agak benda ni akan berlaku. Boleh tak dia kata dia suka kat ex dia. Okay, aku paham dulu aku pernah cam rampas dia dari ex dia. Tapi lepas tu aku da break dengan dia. Dia da couple balik dengan ex dia pastu dah break balik. Tapi aku tak tau kenapa aku terima dia balik and I know it going to end like this. Aku tak tau aku yang gila talak ke apa.”,Arina meraup mukanya. Dia cuba menahan tangis. “Come on dear. You deserved better than him. InsyaAllah. Habis malam tadi macam mana. Menangis tak”, Syuhada menggosok-gosok belakang Arina. “Menangis? Meraung kot. Sal dengan Wina beriya pujuk aku. Nasib Mary tiada dalam bilik, pergi belajar kat bilik Yiying. Tapi lepas aku menangis aku rasa lega. Rasa cam bengong, sudah beberapa kali kot aku lalu fasa ni.” “camni la Arina. Kau fikir ni semua adalah dugaan dari Dia. Mesti ada hikmah di sebalik ini. Dia takkan bagi kita satu dugaan kalau kita tak mampu nak hadapinya. Terima musibah dari Dia seredhanya. Kau ambil ini sebagai satu peluang dekat dengan Dia. Bersabar erh.” Syuhada menggosok belakang Arina dan menyambung, “Kita solat Zohor dulu jom

Ya Allah, Kurniakanlah aku kekuatan untuk aku teruskan hidup. Aku tak mahu menjadi hamba cinta dunia,aku hanya mahu menjadi hamba cintaMu yang hakiki. Berikanlah aku kekuatan dan semangat agar aku mampu untuk belajar di matrikulasi Melaka ini. Aku mahu berada di jalan yang betul Ya Allah. Aku mahu dapat 4flat. Ya Allah, aku mahu cemerlang dunia akhirat. Bantu aku lupakan Amir Ya Allah. Dia cinta pertama aku. Tetapkanlah jiwaku. Berikanlah aku jodoh yang terus bakal aku kahwini. Aku tak mahu cinta sebelum perkahwinan. Ya Allah Kau yang lebih Maha Mengetahui, Maha Menyayangi, dan Maha Besar.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Arina menyelak buku Fizik tutorial sambil tangan kirinya menyelak Fizik, Real Exam Practice. Dia mencatat soalan serta penyelesaiannya di atas kertas A4. “Nah, Nescafe kaw kaw aku buat untuk ko. Fuh, berasap lagik. Minum-minum. Kesian aku tengok roommate ni semangat betul tak bangun-bangun dari kerusi ni dari isyak tadi. Tak cramp ke punggung kau ni.”,Salima meletak segelas mug Nescafe. “ Thanx Sal. You’re the best roommate ever. Even Nescafe ni ko buat 3 in 1 je.” ,Arina selamba menutur kata. Arina berdiri sambil menegangkan badannya,“Wina mana? Tadi kata dia beriya nak tanya soalan math la. Kimia la. Ni batang hidung pun tak nampak” “Wina dah lari pergi bilik Nani. Otak cramp. Mary macam biasa belajar kat bilik Winnie la. Aku nak tanya satu soalan boleh tak”,Salima berkata. “I’m okay. I’m already over Amir. Aku study bagai nak rak salah satu cara terapi aku nak lupakan dia” “Chop chop chop. Aku bukan nak tanya tu, aku Cuma nak Tanya soalan bio ni. Tolong lukiskan aku structure animal cell ni. Anyway, glad to know you that you’re okay” Salima berkata sambil berlari keluar dari bilik. Sengal betol. Budak ni cam tak tau je aku dapat C5 untuk SPM aku. Aku pulak ambil Bio kat matriks ni. Salima, Salima.

Nokia 3310 berdering rentak James Bond menandakan aku menerima satu mesej.

Makcik.

Atuk..

Oyang.

Onyet..

Onyet?Ada ke . Huhuu.

Suka suki aku la.. Hahaa. Neway, ko nak ape ni.. Awek-awek ko xde kredit nak layan ko ke..

Ape awek-awek. Aku bosan. Huhuu. Ko mesti tengah buat fizik tutorial tadi. Ko xrasa bosan ke.

Ko xrasa bosan ke mengacau orang.. Hahaa

X. Selalu orang je kacau aku. Huhuu.

Bajet tol. So ko nak cakap kat sini ko popular ke. Prasan gila ko ni. Hahaa

Aku xcakap apape. Huhuu. Amir apecite.

Amir who? Okay weh, aku nak tido. Bye2

Arina menjeling telefon. Tiada balasan mesej dari Daniel. “Siapa tu, abang aku ke.”,Salima menyergah. “BukanlahArina kelam-kabut cuba mengambil telefonnya dari Salima. “Betollah abang aku. Tak rugi aku masuk matriks sama dengan abang aku. Bolehlah aku tau hal skandal dia.” “Erh, tolonglah Sal. Aku xberminat nak masuk dalam senarai awek-awek abang ko erh.” “hum, betol jugak. Kadang-kadang aku bengang dengan abang aku tu. Awek keliling pinggang studynya entah bila. Tapi tiap-tiap kali ujian mingguan mesti dapat markah penuh. Dari spm yang entah apa-apa sampai dapat program dua tahun kat matriks ni. Hari tu time mid sem pun dapat 3.5. Weh, Aie ko dengar tak apa aku cakap ni” “Ye,ye.” ,kata Arina sambil menjelir lidah. “Geram dengan kau,asal aku bukak cerita pasal abang aku ni. Ko mesti buat-buat pekak kan. Malas nak layan kau. Tidur lagi baik. Nanti ko nak ti” ”Tidur, tutup lampu. Kunci pintu bilik kan. Ye cik Sal. Tidur tu” “Jangan lupa basuh kaki, baca ayat Kursi dan doa tidur kan cik Aie”, Salima pula memotong kata Arina. Alhamdulillah,habis jugak tutorial Fizik ni. Solat hajat sebelum tidur.Usai dia solat hajat, telefonnya berbunyi lagik.

Nyte makcik. ;))

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

“Daniel, nah nota bab 9. Kot ye tuang lecture fizik pun tak payah la semangat sangat datang awal kelas tutorial. Obvious sangat”,Arina menghulur nota itu kepada Daniel. “R, macam mana kau tau aku tuang lecture tadi? Ko spy aku ke”,Daniel mengangkat keningnya. “Danny, u xdatang lecture tadi ke? No wonder lecture hall bosan je tadi.Kenapa u xdatang tadi?”,Nora memegang bahu Daniel. “I tadi terlambat bangun. Malam tadi, tidur lewat. U la xkejut I pagi tadi kan”,Daniel mengangkat bahunya cuba menolak tangan Nora. “R, tolong aku jawab soalan fizik nombor 10 ni.”,Adam menghulur kertas dia ke Arina. “Ni resonance in a series RCL circuit kan. At low frequency, impedance Z is large because Reactance of Capacitor. When in resonance, Capacitance is equal to Inductance.” “So, Inductance is inversely proportional to Capacitance. At resonance frequency, power factor becomes equal to one. Resistor dissipates the maximum power output. Betul kan R”,Daniel menyampuk,“R, kau kata nak ajar aku fizik petang ni kan. Haa, sekali dengan matematik lecture yang aku tuang tadi kan”. Belum sempat Arina memarahi Daniel, Cik Emily sudah masuk kelas tutorial fizik.

Aie, nanti jangan lupa Chemistry kat tempat Cik Hawa pukul 5. If tidur jangan lupa buat alarm”,Syuhada mengingatkan Arina usai mereka Zuhur berjemaah di Masjid An-Nur. “Erh,kita xpergi saing ke?”,Arina mengangkat kening. “Aku ada usrah dengan Lujnah Ekonomi petang ni. If aku lambat sampai, start je dulu sebelum aku.Assalamualaikum”,Syuhada berlalu pergi. Tika Arina menyarung kasutnya Daniel menyergah Arina, “R!!” “Astagfirullahalazim, pakcik. Salam mana?” “R. Ko nak pergi mana ni?” Tika Arina cuba menyarung kasut lagi sebelah dia hampir terjatuh, Daniel dengan pantas memegang badan Arina. Mata mereka bertaut seketika “R,kasut ko. Kotor da. Nah, ke nak aku sarungkan”,Daniel mengusik. “Tolonglah, aku bukan Cinderella dan ko bukan Prince Charming.”,Arina dengan kalutnya cuba menyarung kasut. “Tapi aku nak jadik” “Haa”,Arina memandang pelik Daniel.Petang ni pukul 5 kat depan library kan. Fizik dan math lecture tadi kan”,Daniel mengenyit mata kepada Arina sebelum dia berlalu ke asrama lelaki. Ngade-ngade betol pakcik ni. Nasib petang ni aku ada date dengan Cik Hawa, so xpayah la aku jumpa dia. Tolonglah jangan terserempak dengan dia. Nak pergi admin kena lalu depan library. Tapi tadi dia dari masjid ke. Betul ke?

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Syud,aku da sampai meja Cik Hawa.. Cik Hawa pun xsampai meja dia lagik. So no need to rush2. =)

Cik Hawa meletakkan handbagnya di atas meja,“Erh, Arina awal awak harini. Tadi tiada kelas ke?” “A’ah2. Cikgu tadi, lecture, Tutor or lab?” “Lab. Kejap erh, saya kemas-kemas jap. So, harini nak belajar chapter apa?”,kata Cik Hawa sambil mengemas kertas-kertas yang berterabur di atas meja. “kejap Cik Hawa. Syud tak sampai lagik. Saya buat Nescafe O untuk kita 3?” “Make it four”,Daniel yang baru sampai menyampuk. “Erh, Daniel awak pun nak join skali jugak ke? Nak tanya soalan chapter 6 lagik ke?”,Cik hawa bertanya. Chapter 6 ,biar betol pakcik ni. Semalam baru habis Chapter 5. Daniel membisik perlahan kepada Arina, Nasib aku nampak ko nak pergi Admin tadi. Kalau tak lama aku tunggu kat depan library” “Aku xjanji apa-apa kan” “Orang kata diam tu tanda setuju. Haa, Syud pun dah sampai jomlah start belajar. Chapter 5, Chemical Bonding kan. “,Danial cepat menukar topic. “Effect of lone pairs on Molecular Geometry. Cikgu, kita kena ingat semua angle untuk every molecular shape ke?”,Syuhada bertanya. “Nak xnak kamu kena hafal semua. Bila kamu dah banyak buat latihan, kamu akan terhafal jugak”,Cik Hawa memandang tajam ke arah Syuhada. “Practice makes perfect”,Arina pula menyambung.

Okey, saya harap kamu lebih paham dengan apa yang saya terangkan ini. Nanti kelas esok bolehlah saya tanya kamu kan. Arina,Syud, Daniel?”,Cik Hawa menutup buku Chemisty. “Cik Hawa, nanti saya volunteer~kan Arina. Dia confirm dah jawab semua soalan”,Daniel tersengih. “Cikgu, Daniel ini lagik power siap dah belajar sampai Chapter 6 kan. Dari muka saya je yang kat depan, apa kata Daniel pulak kan cikgu”,Arina membalas. “Betol jugak. Daniel kamu suka menuding ke arah orang lain kan. Tommorow you better ready Daniel”,Cik Hawa bersetuju. “Biar aku tolong volunteer~kan ko pulak Daniel.”,Syuhada ketawa usai Arina bertutur. Nak balik dengan kereta saya ke?” “Cik Hawa sudi, stadium bola saya tadahkan”, Daniel mengusik.

Terima kasih Cikgu tumpangkan kami. Cikgu tak nak join kami makan kat café ke? Daniel nak belanja ni”,Arina tidak menghiraukan pandangan tajam Danie. “tak apalah. Saya pun dah janji dengan budak serumah nak makan kat luar. Okey, Assalamualaikum.” “Arina,okey aku balik bilik dulu.”,Syuhada mula mengatur langkah pergi. “Erh, Syud. Tak makan dulu?, Arina cuba menahan Syuhada. “Aku dah janji nak jogging dengan roommate aku. Assalamualaikum. Arina,Daniel.” Erh, Syud ni selamba je tinggalkan aku dengan pakcik ni. Daniel memandang Arina,“So, kita nak makan apa?”Kita?”,Arina menghala jarinya kepada dirinya dan Daniel. “Yelah,kau aku. Aku belanja ni” “Kau, Daniel Azhari nak belanja? Otak aku tak boleh nak terima.” “Sarkastik betol kau ni. Aku nak makan nasi goreng ayam penyet. Ko makan keowtiaw kungfu je. Diet ke? Tapau pulak tu. Makan la sini,temankan aku makan.”,Daniel cuba memujuk Arina. “Ko ni banyak bunyi lah. Yelah, aku makan sini. Ngada-ngada.” Dia bukan boleh buat apa-apa dengan aku pun. Café ni kan ramai orang. Confirm dia xbrani nak menggatal ke apa kan, Arina.”Ko nak air apa? Tembikai kan?”,Daniel menulis makanan dan minuman di atas kertas order.

“Hoi, kenapa senyap je? Selalu mulut ko bising? Kalau sehari kat kelas xbunyi suara kau, xsah”,Daniel mengusk Arina. “Erh, tolong sikit. Siapa lagi banyak bunyi kat kelas. If aku bising pun, sebab kau yang provoke aku” “Tapi kau boleh je diam kan. Tak balas apa yang aku cakap.” Arina terdiam. “Haa,terdiam. Aku menang. 1-0” “Mak aku cakap time makan tak baik bercakap” “Mak aku tak cakap apa-apa pun. Tapi aku selalu pelik kenapa perempuan nak jaga badan,diet ke. Ko tengok aku makan relax je. Body maintain”,Daniel berkata. “Badan perempuan senang naik kot. Badan laki banyak metabolism kot. Tu bio yang ingat time form 5 la. Plus, budak laki memang spesies melantak. Asal tengahari je, aku tengok nasi and lauk menggunung.” “Erh, tak jugak. Laki pun senang gemuk jugak. Muka kau pun aku xpernah nampak turun padang kan. Perempuan malas nak exercise, tengok laki petang-petang main bola kan.” “Erh, tak jugak. Ada jugak laki yang tak turun padang. Adam.” “Adam tu spesies laki dan lain-lain. Aku dengan budak-budak ini dah beberapa kali ajak dia turun padang. Tapi tiap-tiap hari dia kata dia exercise atas katil. Apa benda entah”,Daniel berkata. Tiba-tiba Nora datang ke meja mereka dan menegur Daniel,“Danny, u kat sini ke. I mesej, u xbalas pun.” “Sorry dear. I silent hp. Tadi pergi belajar dengan cik Hawa.” Nora duduk di sebelah Daniel serta berkata, “U sorang je dengan Cik Hawa ke? Sampai hati u xajak I” “taklah, I pergi join R dengan Syud tadi.” Nora menjeling Arina dan berkata lagi,“Yekew. Arina, u satu aras dengan Syud kan. Tolong ingatkan dia untuk bayar duit kelas nota esok tau.” “Okay, Nora. Umm,aku pergi dulu. Asar pun belum.”,Arina bergerak pergi selepas dia menutur kata.. “Okeylah Nora. I pun xasar lagik” Daniel mengikuti langkah Arina.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pejam celik pejam celik. Dah masuk hujung semester 2 dah. Aku xpercaya nak habis da semua ni. Kenangan dengan praktikem fizikal 5 confirm melekat kat otak aku sampai bila-bila. Alhamdulillah, semerster 1 dapat 3.5.Syud, Adam, Nora, Daniel. Daniel, kenapa pula nama pakcik ini ada dalam otak aku ini. Mamat yang pelik, boleh buat aku geram rasa nak sekeh kepala dia, boleh buat aku rasa sakit perut dengan joke dia, boleh buat aku terharu bila dia prihatin tiba-tiba. Rollercoaster perasaan aku camni. Astaghfirullahalazim. Ya Allah, janganlah pupuk perasaan aku pada dia selain seorang kawan.

“Siap sudah. Tinggal baju kurung nak pakai esok. Nota kimia esok. So lepas ni blehlah kita berjoli. Yeah!”,Wina menjerit sambil melompat ke atas katil Arina. “Arina, sudahlah tu belajar. Aku geram tengok kau belajar. ”Wina cuba menarik pen yang dari tadi bagai melekat di tangan Arina. “Weh, sikit lagi pasni I’m yours.” “Wina betol. Esok kan paper 1 kimia je. Jom makan keropok and pepsi aku beli tadi” Salima menyampuk. “Ye, ye. Aku da habis” Telefon Salima berbunyi-bunyi minta diangkat. Salima keluar sebentar dari bilik. “Weh, jangan lama sangat bergayut. Nanti keropok aku habiskan”Arina menjerit. “Apa cerita kau dengan Daniel. Esok nak jumpa dia tak?” ”Kenapa aku nak jumpa dia pulak. Minggu lepas dah buat perjumpaan kelas sudahlah.” “Yelah tu. Bukan korang ada apa-apa ke? Dia tak cakap those 3 words ke?” “ 3 words, kau terlalu comel ke?” “Bukanlah bijak. 143. Dulu tiap-tiap kali kau balik bilik mesti ada je benda kau nak cerita. Dia buat kau ni la, dia buat lawak tu la. Skandal dia dengan Nora la.” “Ala, dia kan budak kelas aku. Mestilah aku cerita pasal budak kelas aku. Aku mana ada lepak dengan budak kelas lain sangat. Takkan aku nak cerita pasal budak kelas kau, Ayim aka bf kau pulak kan.” “Fine, fine. Aku geram cakap dengan kau ni. Anyway, cerita pasal Ayim. Kau rasa kitorang akan bertahan for long distance relationship ke? Aku kat johor, dia kat Putrajaya tu. Aku takut jadik macam ko and Amir.” “InsyaAllah, akan bertahan. Jodoh, ajal kan semua kat tangan Tuhan. If kau betul-betul nak kahwin dengan dia apa ke, doalah supaya jodoh korang kuat”,Arina menyambung.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Arina memeluk Cik Hawa erat. “Cik Hawa thanx because sudi ajar kitorang tiap-tiap petang. Sudi tumpangkan kitorang sampai asrama lepas cikgu ajar kitorang. “ “Cikgu jangan lupa kiteorang lepas dapat budak-budak baru ajar korang.”,Syuhada menyambung. “InsyaAllah cikgu takkan lupa kamu semua. Kamu kan first bacth yang cikgu ajar. Nanti dah dapat u mana-mana jangan lupa bagitahu cikgu” “Saya dah add facebook Cik Hawa.”,Daniel pula menyampuk. Selepas itu mereka sekelas pergi ke meja cikgu-cikgu lain. “Okay,korang. Bukak Gigibiru korang. R nak send gambar-gambar tadi dari handphone mahal dia”,Daniel mengusik. “Bluetooth sudah Daniel. R, kau dah add aku kat facebook kan?”,Adam memandang Arina. “Dah Adam. Erh, tadi ada tangkap gambar guna handphone ko kan Daniel. Bluetooth kat ak.” “Danny, bluetooth kat I jugak. Please”,Nora menarik bahu Daniel. “Sabar erh. I tengah Bluetooth dengan R. nanti dah habis I Bluetooth dengan u. If xsempat I tag u kat facebook nanti ke. R sini jap, kau pinjam barang aku kan” “Pinjam barang apa pulak. Kau yang selalu pinjam barang aku kan. Nota lah, benda apa entah” “Bukan ke kau pinjam hati aku ke. Dah pinjam tak reti nak pulang balik ke? Straightforward aku cakap aku nak kahwin dengan kau. Tapi bukan sekarang, lagi lima or enam tahun lepas aku dah ada kerja yang stabil. And duit yang cukup nak tanggung anak dara orang. Aku suka kau bila kau tak reti nak mengalah bila aku suka carik gaduh dengan kau. Bila kau selalu berlakon kau cam kuat lepas kau break dengan mamat hampeh tu, padahal tak. Lepas kau kahwin dengan aku, aku kan protect kau. Ko jadik Cinderella, aku Prince Charming kau.”,Daniel menutur tanpa henti tanpa sempat Arina berkata apa-apa. “Okey, tu je aku nak cakap. Jaga hati aku baik-baik tau”,Daniel berlalu pergi.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

6 tahun sudah berlalu. Tapi aku rasa macam baru semalam aku masuk minggu orientasi. Baru semalam aku tengok guardhouse buat kali terakhir dengan abang long. Kelakar bila aku tengok gambar-gambar kat matrikulasi Melaka dulu. Gambar time orientasi, time perkampungan matematik, time Annual Dinner, time kat admin buat kali terakhir.Wina dah selamat berkahwin dengan Ayim dan bakal menimang cahaya mata sulung diorang bulan depan.Syuhada jadik pensyarah kt Universit Islam Antarabangsa dan minggu depan bakal melangsungkan perkahwinan deengan Adam. Salima, minggu depan dah nak bertunang dengan buah hati dia,Tariq. Sal pun tak cerita apa-apa pasal Daniel . Yang aku tau lepas Daniel dapat tajaan jpa belajar kat Australia,dia terus sambung kerja kat situ. Daniel, pakcik tu lagik. Jaga hati dia konon. Dalam masa 6 tahun ni sekalipun dia tak pernah contact aku ke apa. Entah apa dia jadik kat Australia tu. Dah berkepit dengan minah Australia kot. Dari aku masuk Universiti Malaya sampai kerja kat Connected Corporation tak ada lagik lelaki yang buat perasaan aku macam rollercoaster macam yang dia pernah buat kat aku.

Arina membetulkan selendang yang terlilit di kepalanya. Tiba-tiba dia rasa gementar nak melangkah masuk ke rumah Salima. “Aie, you are sure about this?”,Aiman memegang bahu Arina. “Along ni, dah sampai kat rumah Sal baru nak tanya sure ke tak. Patut tanya time kat rumah tadi” “Sorry la sis. Dekat rumah tadi tak sempat nak tahan,mak abah pesan macam-macam dekat bakal besan diorang”. Arina pantas mencubit lengan Aiman. “Berbisa sungguh cubitan adik ku seorang ini. Cuba senyum sikit. Tegangkan sedikit kerutan seribu kat dahi tu” “I cant. Cuak gila. Rasa cam nak lari” “Haa, kahwin lari”,Aiman mengusik lagi. “Aiman,Arina. Sampai jugak kamu berdua ini. Salima dari tadi asyik menunggu kamu Arina. Masuklah rumah makcik ini. Macam tak biasa je.”,Ibu Arina mengalu-alukan kedatangan Arina dan Aiman.Arina lekas mengatur langkah ke bilik Salima. Salima sedang didandan,“Aie, baru nak sampai kau ini. Abang, Aie dah sampai” Belum sempat Arina berpaling, tangannya ditarik seseorang. Walaupun hanya dari belakang , dia tau siapa yang menariknya.Daniel. Sal ko memang nak kena. Kau kata dia tak balik dari Aussie. Tika dia lalu di hadapan Aiman, dia memandang abangnya meraih simpati. “Bro, cakap baik-baik dengan adik aku.”,Aiman berkata sambil menepuk perlahan bahu Daniel. Daniel menarik Arina ke dalam biliknya. “Kau jangan nak buat macam-macam Daniel. Aku jerit nanti kang”,Arina tergagap-gagap menutur bicara. “Jeritlah. Ramai kat luar tu. Tok kadi pun kat rumah sebelah je. If kita kena tangkap basah, terus kahwin senang cerita.”,Daniel tersengih dan melangkah mendekati Arina. “Kau gila?” “A’ah. Aku memang gila. Gila sebab tinggalkan kau 6 tahun. Thankfully dalam 6 tahun kau masih single. So, minggu depan kita pergi kursus kahwin. Dalam 2 bulan kita terus bertunang pastu kahwin.” Mereka sangat dekat hingga dahi mereka bertemu. “Orang kata diam tanda setuju.”Daniel berkata. Arina menolak badan Daniel,“Kau memang gila pakcik tua. Kau ingat kau boleh datang sini lepas kau hilang selama 6 tahun, senang-senang nak kahwin dengan aku. Jaga hati aku konon. Kau ini memang..” Arina terhenti berkata apabila dia mula menangis. Dia terduduk dan menangis. “R, maaf sayang. Tolong jangan nangis boleh. Please. Aku minta maaf sebab tinggalkan kau 6 tahun. Tapi aku tak mampu nak contact kau bila aku masih tak perfect sayang. Aku belum mampu uuntuk jadik Prince Charming kau. Aku nak aku sempurna untuk kau. Sempurna untuk galas tanggungjawab as anak, menantu, suami dan bapa kepada keluarga kita. Please don’t cry R.”,Daniel mengesat air mata Arina. “Jangan.” Arina lekas menolak tangan Daniel. “Sebab tulah aku nak kahwin cepat sayang.”,Daniel membantu Arina untuk berdiri. “R? Tolong jangan diam macam ini.” Arina melangkah keluar tapi langkahnya dihalang Daniel. “Daniel, let me go. Aku nak balik” Daniel memotong tutur Arina,“Kau tak boleh keluar dari bilik aku selagi kau tak bagi jawapan” “Aku nak balik sebab aku nak bagitahu parents aku diorang akan dapat besan dalam dua bulan lagik” Daniel menguntum senyum,“Don’t bother. Diorang dah bagik green light Cuma tinggal kau je. So,is that a yes, R?” “Orang kata diam tu tanda setuju kan”,Arina menunduk selepas menutur kata.