Thursday, June 9, 2016

[4th of Ramadhan] Doa Hari ini dn Kelebihan Memberi Makan Kepada Orang yg Berpuasa.

*credit perkongsian dari group Whatapps*

Assalamualaikum,

Harini perkongsian adalah sepotong ayat utk kita berdoa dn juga kelebihan memberi makan kpd org yg berpuasa. Aku personally suka bila org share ayat2 yg molek utk kita berdoa sebb ak rasa ak ni xcukup kreatif utk tulis ayat2 yg cantik, molek dn awesome bila ak berdoa. Haha. Bila kita berdoa pd Allah, pencinta kita digalakkan guna ayat yg cantik, menarik ,ko memang da bomb. Erh.

Bayangkan bagai kita tulis surat cinta (okey fine whatapps. mana ada org guna surat cinta lagi) kepada dia, our other half. Kita akan tulis ayat yg cantik2 kan. Takkan nak tulis

 "Bang, buka ni bang nak makan apa? Jangan lembab reply cm selalu." 

Apatahah lagi bila kita minta doa dgn Pencipta kita, our Almighty dear Allah. Who has never fail to receive our Doa and return us in many goodness. Ini doanya dn hadis pada hari ini.


Doa Harini
Penyesalan semalam, kebimbangan tentang hari esok ... akan merampas ketenangan hari ini. Lalu padamkanlah penyesalan semalam dengan taubat, kebimbangan esok dengan tawakal, dan tuailah ketenangan hari ini dengan sabar. Ya Allah, ingatkan kami untuk sentiasa mengingati-Mu.



Kelebihan Memberi Makan Kepada Orang Yang Berpuasa
(Riwayat: At-Tirmidzi)

Terjemahan Hadis:
Daripada Zaid bin Khalid al-Juhhani r.a,. daripada Nabi SAW sabdanya, Sesiapa yang memberi makan (berbuka) kepada orang yang berpuasa, ia akan mendapat pahala seperti orang yang berpuasa itu dan pahala orang yang berpuasa itu tidak berkurangan walau sedikitpun".

Huraian Hadis:
1. Umat Islam yang berpuasa Ramadhan digalakkan melakukan amal soleh sebanyak mungkin seperti bersedekah, menolong orang yang susah, memberi atau menjamu makanan bagi orang yang berpuasa dan sebagainya kerana sedekah yang paling afdhal ialah bersedekah di bulan yang mulia iaitu di bulan Ramadhan.
2. Islam merupakan agama yang sangat menitikberatkan keharmonian dan kesejahteraan masyarakat. Oleh itu segala perkara yang dapat melahirkan persefahaman, kasih sayang dan hormat menghormati di antara satu sama lain tidak pernah diabaikan.


Semoga bermanfaat kepada semua. Sekian, terima kasih.  Wassalam.

Tuesday, June 7, 2016

[3rd of Ramadhan] Ayat Ya Hayyu Ya Qayyum dn Doa Hari ke3 Ramadhan

*Credit kpd Perkongsian dari group Whatapps.*

Assalamualaikum,

Hari ini perkongsian ringan saja. Mari lazimi ayat Ya Hayyu Ya Qayyum.


Doa dari Ibn Qayyim

"Sesiapa yang melazimi Ya Hayyu Ya Qayyum, di beri kepadanya hati yang hidup."


-Ibn Qayyim

Pendek betul ayat kak Tokie hari ini. So, utk pemahaman lebih apa kelebihan melazimi (membasahkan lidah /selalu membaca ) ayat Ya Hayyu Ya Qayyum. Maksud Ya Hayyu Ya Qayyum ialah Yang Maha Hidup  dn Yang Maha Berdiri Sendiri. (Penerangan mengenai kedua nama Allah ini disini

Hasil google-an aku, jumpa dua blog (credit to both A dn B) ini yg menerangkan 3 kelebihan kita melazimi Ya Hayyu Ya Qayyum. 








Doa hari ketiga Ramadhan


 *credit dari google*

Allâhummarzuqnî fîhidz dzihna wattanbîh wa bâ’idnî fîhi minas safâhati wattamwîh waj’al lî nashîban min kulli khairin tunzilu fîhi bijûdika yâ ajwadal ajwadîn *credit to duniabaca*

Sekian, moga bermanfaat.

Monday, June 6, 2016

[2nd of Ramadhan] Waktu terbaik untuk beristighfar dn menunaikan solat malam dalam bulan Ramadhan.

*Perkongsian dari group Whatapps. Credit *

Assalamualaikum,
Day 2 of Ramadhan is here. Harap semua dpt 2 Ramadhan yg bermanfaat dn produktif, inshaAllah.



Waktu sahur adalah antara waktu terbaik untuk beristigfar dan menunaikan solat malam.

Firman Allah ketika memuji orang mukmin ertinya : " dan ketika waktu-waktu bersahur itu mereka meminta ampun dan beristighfar" (Az-Zariyyat : 18)

يا رسول الله , أي الدعاء أسمع ؟ : قال : جوف الليل الأخير ودبر الصلوات المكتوبة

Ertinya : "Ditanya kepada Nabi (oleh seorang sahabat) : Wahai Rasulullah :" Waktu bilakah doa paling didengari (oleh Allah s.w.t) ; jawab Nabi : Pada hujung malam (waktu sahur) dan selepas solat fardhu" ( Riwayat At-Tirmidzi, no 3494 , Tirmidzi & Al-Qaradhawi : Hadis Hasan ; Lihat Al-Muntaqa , 1/477)


[1st of Ramadhan] Puasa Ramadhan Menghapuskan Dosa Setahun Yang Lalu

*Perkongsian dari group Whatapps. Credit *

Assalamualaikum.
Patutnya aku post perkongsian ini semalam tpi aku lupa. Hehe. Jadi Ramadhan ini aku ingin berkongsi ilmu yg ak dapat dari group Whatapps aku. Moga bermanfaat, thanks.


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ صَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ

Dari Abu Hurairah berkata, Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan kerana iman dan penuh keikhlasan, maka akan diampuni dosa-dosanya yang telah lalu".
(HR Bukhari No: 37.)

Pengajaran:
1.  Berpuasa  atas dasar iman ialah melaksanakan ibadat puasa  dengan meyakini akan kewajipan melaksanakan ibadat puasa kerana perintah Allah.

2.  Ihtisab adalah melakukan ibadat puasa dengan ikhlas dan hanya mengharap pahala dari Allah. Tidak merasa berat melaksanakannya dan tidak hanya sekadar mengikuti kebiasaan orang sekitar.

3.  Puasa yang dilakukan atas dasar keimanan dan penuh keikhlasan akan menjadi penghapus dosa-dosa yang lalu (dosa kecil).




الصَّلَوَاتُ الْخَمْسُ وَالْجُمُعَةُ إِلَى الْجُمُعَةِ وَرَمَضَانُ إِلَى رَمَضَانِ مُكَفِّرَاتٌ مَا بَيْنَهُنَّ إِذَا اِجْتَنَبَ الْكَبَائِرَ

“Solat lima waktu yang didirikan satu Jumaat ke Jumaat yang berikutnya dan satu Ramadan kepada Ramadan yang berikutnya maka akan menghapuskan dosa-dosa antara keduanya selama mana dijauhi dosa-dosa besar".( H.R. Muslim )



Semoga ibadat Puasa yang dilaksanakan  menjadi instrumen menghapuskan dosa-dosa kita setahun yang lalu.

Ramadhan Al-Mubarak Rahmah Untuk Semua