Thursday, June 9, 2016

[4th of Ramadhan] Doa Hari ini dn Kelebihan Memberi Makan Kepada Orang yg Berpuasa.

*credit perkongsian dari group Whatapps*

Assalamualaikum,

Harini perkongsian adalah sepotong ayat utk kita berdoa dn juga kelebihan memberi makan kpd org yg berpuasa. Aku personally suka bila org share ayat2 yg molek utk kita berdoa sebb ak rasa ak ni xcukup kreatif utk tulis ayat2 yg cantik, molek dn awesome bila ak berdoa. Haha. Bila kita berdoa pd Allah, pencinta kita digalakkan guna ayat yg cantik, menarik ,ko memang da bomb. Erh.

Bayangkan bagai kita tulis surat cinta (okey fine whatapps. mana ada org guna surat cinta lagi) kepada dia, our other half. Kita akan tulis ayat yg cantik2 kan. Takkan nak tulis

 "Bang, buka ni bang nak makan apa? Jangan lembab reply cm selalu." 

Apatahah lagi bila kita minta doa dgn Pencipta kita, our Almighty dear Allah. Who has never fail to receive our Doa and return us in many goodness. Ini doanya dn hadis pada hari ini.


Doa Harini
Penyesalan semalam, kebimbangan tentang hari esok ... akan merampas ketenangan hari ini. Lalu padamkanlah penyesalan semalam dengan taubat, kebimbangan esok dengan tawakal, dan tuailah ketenangan hari ini dengan sabar. Ya Allah, ingatkan kami untuk sentiasa mengingati-Mu.



Kelebihan Memberi Makan Kepada Orang Yang Berpuasa
(Riwayat: At-Tirmidzi)

Terjemahan Hadis:
Daripada Zaid bin Khalid al-Juhhani r.a,. daripada Nabi SAW sabdanya, Sesiapa yang memberi makan (berbuka) kepada orang yang berpuasa, ia akan mendapat pahala seperti orang yang berpuasa itu dan pahala orang yang berpuasa itu tidak berkurangan walau sedikitpun".

Huraian Hadis:
1. Umat Islam yang berpuasa Ramadhan digalakkan melakukan amal soleh sebanyak mungkin seperti bersedekah, menolong orang yang susah, memberi atau menjamu makanan bagi orang yang berpuasa dan sebagainya kerana sedekah yang paling afdhal ialah bersedekah di bulan yang mulia iaitu di bulan Ramadhan.
2. Islam merupakan agama yang sangat menitikberatkan keharmonian dan kesejahteraan masyarakat. Oleh itu segala perkara yang dapat melahirkan persefahaman, kasih sayang dan hormat menghormati di antara satu sama lain tidak pernah diabaikan.


Semoga bermanfaat kepada semua. Sekian, terima kasih.  Wassalam.

No comments: