Thursday, July 21, 2011

BHIBUAI 2. Do enjoy! XD


“Kalau sebulan gaya nak menjerit-jerit, suara aku yang serak-serak kering pun boleh ganti Ella” Yasminn berkata ketika duduk selepas berlawan sorakan dengan kolej-kolej lain. Hari ini hari terakhir mereka berada di Dewan Besar. Selepas habisnya orientasi, pelajar tahun 1 dengan secara rasminya akan bergelar mahasiswi UPM.

“ Kalau suara kau lagik teruk dari sekarang, takkan ada gaya nak jadi Ella. Berangan je” Maieza menolak perlahan kepala Yasminn.

“Eish, kepala kepala. Jangan main. Bapak aku bayar zakat tahu” Yasminn menolak pula bahu Maieza. “Sarah, tengok mek Mai ini” Yasminn berkata pada Maisarah. Maisarah pada ketika itu sedang menekan perutnya, bagai menahan kesakitan. Mukanya berkerut-kerut. Dahinya pula berpeluh-peluh. “Sarah, kau okey tak” Yasminn memegang bahu Maisarah. Maisarah mengangguk perlahan.

Dalam keadaan duduk, badannya kehadapan hingga perutnya menyentuh paha. Maisarah baring di pahanya. “Aku s-sakit p-perut” Mukanya kembali berbaring di paha.

“Sakit perut? Kau salah makan ke?” Maieza berkata dengan nada risau.

Maisarah menggeleng perlahan. Dia menyeka peluh di dahi and kembali menekup muka di pahanya. “Bu-bukan sa-salah makan. Aku sa-sakit pe-perut sebab lain. Sebab aku umm”

“Aku tahu” Yasminn memetik jari. “Kau sakit perut sebab kau” Yasminn membisik di telinga Maisarah. Maisarah mengangguk perlahan. “Mai, tolong panggil akaq faci jap.” Maieza mengangguk perlahan dan berdiri. Dia pergi memanggil kakak faci. “Sarah, bertahan erh” Yasminn mengusap perlahan belakang Maisarah.

“Kenapa ini?” Aishah Ayuni memandang Yasminn dan Maisarah.

“Sarah, dia” Yasminn menghampiri Aishah. Aishah yang terkejut dengan Yasminn melangkah ke belakang. “Orang kene bisik lah. Malu cakap kuat-kuat. Kak Aie, meh la sini.” Yasminn mendekati Aishah dan membisik di telinga Aishah.

Aishah mengangguk perlahan. “Okey, jom bawa dia pergi bilik kat belakang dewan. Mai, awak duduk sini. Keluar ramai sangat ni” Aishah mengarah apabila dia melihat Maieza juga berdiri. Maieza berkerut tapi duduk juga. “Memang tiga abdul betul. Ke mana-mana nak bertiga. Jom Minn” Aishah membantu Yasminn memapah Maisarah yang sudah lemah. Nak menapak pun hampir menyeret kaki.

Mereka berdua membawa Maisarah ke bilik di belakang dewan. “Masuk bilik ini. Bilik tu ada orang” Aishah menjuih bibirnya pada bilik kosong. Mereka berdua membantu Maisarah baring di sofa. “Duk sini. Jap akak ambil First Aid. Ada water cooler kat luar tu. Boleh bagi Maisarah air panas.”

Maisarah kini berbaring di sofa di atas perutnya. “Sakit sangat erh?” Yasminn bertanya. Maisarah mengerakkan kepala tanda ya. “Jap, aku pergi keluar jap. Ambil air suam untuk kau” Yasminn keluar dari bilik itu. Dia mengabil cawan Styrofoam di tepi water cooler itu dan mengisi air panas bercampur sedikit air sejuk. Yasminn menjeling di sebelah bilik Maisarah.

Tiba-tiba, dia mendengar pekikan perlahan dari bilik itu. Yasminn teragak-agak untuk membantu. Dia menolak perlahan pintu bilik itu. Dia terkejut melihat Adam sedang duduk membongkok membelakangi Yasminn. Yasminn berdehem dan mengalih pandangan. Nampak riak terkejut di muka Adam. “Erh, kau”

“Urm,kawan aku sakit. Dia dekat bilik sebelah, aku teman dia. Kau okey?” Yasminn bertanya.

“Aku gastrik. Erh, kau keluar lah. Malu pula aku. “ Adam mengarah.

“Nak malu. Ceshh. If nak minta tolong ke apa, pekik je. Aku kat sebelah” Yasminn keluar dan menutup pintu tapi tidak rapat. Yasminn menjenguk kembali Maisarah. “Sarah, bangun minum air”

“Macam mana dia” Aishah masuk ke bilik dengan First Aid kit di tangan. Dia mengeluarkan botol minyak angin dari peti itu. Dia menghulur botol itu kepada Yasminn. Yasminn mengambil itu dan menyapu perlahan di perut Maisarah. Dia mengurut perut Maisarah. “Apa-apa panggil akak. Akak kat luar je” Yasminn mengangguk dan memandang Aishah melangkah keluar.

Selepas beberapa minit Maisarah tertidur dan Yasminn berhenti mengurut. Yasminn menjenguk pula di bilik Adam. Adam pun sudah tertidur. 

////////////////////////////////////////////////////

“Minn, bangun solat subuh! Bangun, bangun mandi” Maisarah menepuk belakang Yasminn perlahan.

“Uhumm” Yasminn menolak tangan Maisarah. Dia mengalih badan dan menghadap dinding. Dia menarik selimut.

“Bangun, bangun! Liat betol” Maisarah menarik selimut di tangan Yasminn.  Yasminn mengeluh dan menarik kembali selimut. “Aku pergi mandi dulu.” Maisarah melangkah keluar.

Yasminn membuka mata perlahan. Malas. Dia meneleng kepalanya ke kiri dan kanan. Bunyi tulang berlagu baru selesa. Dia menggeliat perlahan. Dia menakup mulutnya yang menguap. Dia mengambil tuala dan menapak perlahan ke tandas. Dia senyum kepada kak Balqis yang baru keluar dari tandas. Nak kata mesra alam, tak jugaklah kak Balqis ini. Dingin pun tidak. Apa salahnya ak baik dengan dia plus dia pun senior course aku. Maybe I need her help later in this course.

“Makcik baru bangun!” Maieza menegur Yasminn. Dia sedang mencuci muka. Yasminn tersengih busuk. “Apa sengih-sengih. Aku tahu la kelas first kita pukul 10. Dah dah pergi mandi. “

Usai mandi dan solat subuh, dia kembali memeluk patung Hamtaro. “Jangan jealous Sarah, aku tidur balik” Yasminn berkata kepada Maisarah yang sedang bersiap-siap untuk ke kelas.

Maisarah meletak tudung labuh di kepalanya. “Tak jealous pun. Kau jangan terlebihh tidur. Lambat kat kelas first. Not a first good impression”

“Speaking pula awok ni” Yasminn berbaring menghadap Maisarah.

“Belajar dari awak. Saya pergi dulu. Hp buat alarm ke” Maisarah menyarung kasut.

“Takpe. Mai kan ada” Yasminn menutup mata.

Pintu dikuak dan kepala Maieza terjengul. “Minn! Oh, morning Sarah! Minn, nanti aku pergi dulu. Aku ada hal dekat jabatan jap. Minn, are you listening?” Maieza melambai kepada Maisarah. “Byebye Sarah. Minn, aku cakap dengan kau ni!” Maieza menepuk kaki Yasminn.

“Yelah. Kacau je. Aku baru nak lena ni” Yasminn mengangguk-angguk.

///////////////////////////////////////////////////////////

Telefon iPhone bising menyanyi lagu Sorry Sorry-Super Junior.  Dia memegang iPhone itu tanpa membuka mata. “He-hello?”

“Minn, jangan cakap kau baru bangun! Minn, bukak mata tengok sekarang pukul berapa?” Maieza meneriak.

Yasminn menjeling jam di tepi katilnya. 9.50 pagi? Dia terus terduduk dari pembaringan. Matanya bulat melihat jarum jam itu. 9.50 pagi?

“Shoot! Minn, I’ll call you back! For class nanti kat mana” Yasminn melompat dari katil. Yasminn mencapai shirt T-dress paras lutut dan seluar jean di dalam almari. Dia mencapai kaca mata. Tak sempat nak pakai lens dah ni. Yasminn menyapu bedak nipis dan mencalit Vaseline di bibir. Cukup. Sambil menyarung sneakers di kaki dia menekan nombor Maieza di telefonnya.

“Minn, kelas katne? Dekat dengan dewan ceramah. Naik tangga dekat dengan kafe. Tingkat 1 belok kanan, kelas first” Yasminn mula berlari turun tangga Kolej Mawar 2. Selepas itu dia melintas jalan untuk ke Fakulti Kejuruteraan. Senang hidup pelajar engine, fakulti depan kolej je. Yasminn menarik nafas seketika dan menyambung melarikan kaki ke Bilik . Kalau cikgu tengok aku lari sekarang boleh kalah larian Olimpik ni.

Mana tadi? Tangga kafe? Tingkat 1 belok kanan. Dia menggengam erat handphone di tangan. Ketika dia membelok kanan, dia terlanggar seseorang. Siapa pula aku langgar ini. Keras betul badan ini. Dia menggosok dahi. Mengangkat muka terjengul muka Adam. “Sorry!” Yasminn memandang sekilas dan melangkah pantas ke bilik yang menempatkan subjek pertama. Dia tidak menyedari handphone di tangan sudah hamper menyentuh lantai sebelum tangan Adam mencapainya.

“Eyy, your phone” Adam menyua handphone pada Yasminn tapi Yasminn tidak mendengar. Dek kerana kekalutan dia terus melompat masuk ke dalam kelas.

Banyak mata-mata yang memandang dia kembali. “Errhh” Matanya menangkap Maieza yang melambai-lambai. Dia mengambil tempat di sebelah Maieza. Yasminn menjeling jam yang tergantung di atas papan putih. 10.05 pagi. “Lambat lima minit je” Yasminn menarik nafas lega.

“Lima minit pun dikira lambat” Suara garau menegur Yasminn dari belakang.
Yasminn menoleh ke belakang. “Next time, I don’t want this kind of attitude to be repeated. If any of you guys are late I will personally deduct your carry mark. Gladly to tell you that I’m not your lecturer but I will be you tutoring for this subject. So, for today I was going to be easy on you guys but because of your new friend who came in late today, I guess I should just start on our lecture.” Yasminn memerhati lelaki itu. Lelaki itu memandang Yasminn tajam hingga Yasminn tertunduk. “By the way, please address me as Mr. Hairul. We will get to know each other well when we start tutoring next week. Guys, please open your new chapter”

Yasminn meneguk air liur. Shoot, aku tak bawa buku pula. A good way to give a blow your first impression. Yasminn menundukkan kepala apabila Hairul melalui mejanya. “Ah, late student. Where is your book?” Hairul bertanya kepada Yasminn.

“Sir, I f-forgot t-to bring it. I guess I have to share” Yasminn mengeluarkan kertas A4 dari begnya.

“Well, well. Late and forgetful. You guys, shouldn’t do like this student. How old are you miss?”

“umm, 19”

“19? You are getting nyanyuk before your age. “ Hairul ujar selamba dan kembali ke meja pensyarah. Dia menyambung pelajaran di hadapan. Chapter 1, Electrical Circuit Analysis.

Hairul tekun mengajar di hadapan. Sekali sekala dia akan menjeling pelajar-pelajar di hadapannya. Mereka tekun mencatit nota, ada yang mulut melongo, tak kurang yang juga menggaru-garu kepala yang tidak gatal. Hairul menahan sengih melihat reaksi mereka. Inilah yang dia lihat di hari pertama. Reaksi sama, riak muka yang sama selepas tiga tahun dia mengajar di sini. Walaupun pelajar yang berbeza masuk di tahun pertama tapi reaksinya semua sama.


“Okay, that’s it. I’m gladly telling you that for this week, you won’t be having neither tutorial nor lab. But for your lab this evening, you habe to be there for some briefing. For the next class, your lecturer Mrs. Hashimah will be taking your class. And you will set your tutorial time whenever all of you have free break. I will see you in our tutorial class. Class is dismissed!” Hairul menutup marken pen yang dari tadi menari di atas papan putih.

Semua menarik nafas lega dan mengemas barang di atas meja. Bergerak keluar ke kelas seterusnya, C++ untuk Computer Programming. “Babe, kau tidur lewat erh malam tadi” Hani Zahirah, kawan yang baru dikenali ketika minggu orientasi.

Yasminn mengangguk perlahan. “Tengok ni eye-bag dia. Ni bukan eye-bag dah, ini eye-fat” Maieza berkata sambil menyentuk eye-bag Yasminn.

“Aishh. Janganlah tegur my cute eye-fat ini” Yasminn menolak jari Maieza.

“Cute sangat. Sarah tak bising pula kau tidur lewat malam tadi?” Maieza tanya.

“Tak, lepas dia dah tidur baru aku online tadi. Kalau dia tahu, memang dia membebel.” Yasminn bergerak seiring dengan Hani dan Maieza.

“Mana tak membebel kalau kau tu lambat tidur buat amal tak apa jugak, ini dok membelek deviant art. Pukul berapa kau tidur malam tadi?” Serentak Hani dan Maieza memandang pada Yasminn. Melihat reaksi Yasminn dari soalan Fad@ Fadilah, kawan yang dikenali ketika minggu orientasi juga.

Yasminn perlahan menggengam semua jari. Dia mengangkat jari telunjuk, jari hantu dan jari manis.

“Tiga? “ Serentak mereka bertiga berkata.

Yasminn mengangguk dan lekas jalan meninggalkan mereka ke Dewan Kecil 2 untuk kelas C++. “Mungkin tiga menghampiri empat. Kot” Yasminn gelak kecil dan lekas berlari masuk ke Dewan Kecil 2. “Minn!” Sereka suara mereka bertiga beradu lagi.


/////////////////////////////////////////////////////////////////


“Laparnya!” Fad menggosok-gosok perutnya.

“Tak senonoh la kau ni” Maieza berkata.  Hani hanya mampu menggeleng. Kemudian dia kalih pandangan pada Yasminn yang kelihatan kalut mencari-cari barang dalam begnya. Ketika mereka sampai di satu meja di kafe, mereka melabuhkan punggung. Yasminn menyelongkar begnya. Dia mengeluarkan satu persatu barangnya dari begnya.

“Minn nape?” Hani bertanya.

“My phone. I swear I put in here this morning” Yasminn cuak.

“Ala adalah dalam beg ko tuh. Tak pun kau kalut-kalut pagi tadi tertinggal dalam bilik ke” kata Fad dengan nada acuh tak acuh. Dia bangun untuk mengambil makanan. “Jom Mai ambil makanan” Fad menarik tangan Maieza untuk mengambil.

“Ko sure ko letak dalam beg ke?” Hani membantu.

Yasminn mengangguk, “I’m sure. Sebab time aku  ada pegang handphone aku time aku call Mai nak tanya kelas katne”

“Well, maybe you left your phone kot.” Hani membantu Yasminn meletak barang dalam sling beg Yasminn.

“Humm. Yelah kot. I’m skipping lunch. Aku nak balik bilik” Yasminn menyilang beg di bahunya dan berdiri.

“Ah, jangan nak ngada-ngada. Kau tu gastrik. Mana boleh skip lunch” Hani berkata dan menarik tangan Yasminn.

“Ala, nanti aku makan roti la ke apa. Phone dari duit simpanan aku weyh. Hati aku tak senanglah. Aku sure gila aku pegang handphone tu kat tangan time naik tangga sebelah Dewan tadi.”

“Ah, takde-takde. Jangan nak ngada-ngada. Nanti kau gastrik susah. Makan dulu, nanti aku teman kau balik bilik. And tengok camne” Hani menarik Yasminn agar duduk kembali.

“Hani!” Yasminn menjerit kecil.

“Apa dia?” Hani menutup telinga.

“Haa, aku baru teringat. Tadi before aku masuk kelas, aku langgar satu mamat ni. Aku ada dengar cam barang jatuh tapi aku ignore sebab aku dah kalut masuk kelas. Maybe handphone aku ada dengan dia.” Yasminn membetulkan letak cermin mata di hidung.

“Mamat mana ni? Hensem tak?” Maieza berkata sambil meletak pinggan berisi nasi berlauk dan air Jus Orange. Fad membuntiti di belakang dengan nasi berlauk membukit di pinggan di tangan kanan dan menghirup air kosong di tangan kiri.

“Ahh nikmat” Fad meletak pinggan di meja.

Hani memandang nasi Fad. Tak percaya. Badan kecik ini, nafsu pelahap. Tak padan dengan badan.

“What?” Fad membuat muka tak bersalah. “Aku lapar okeh”

“Kot ye lapar pun nasinya cam” Hani tak habis kata.

“Dah jumpa ke handphone kau?” Maieza duduk di sebelah Yasminn.

“Dah kot. Mai pinjam handphone jap” Yasminn kata. Maieza menyeluk handphone dari beg dan menghulur pada Yasminn.

Yasminn menekan nombornya di handphone Maieza. Oh, please. Janganlah mamat yang aku langgar tu niat jahat ke apa.

“Kenapa tu” Fad menjuih bibir pada Yasminn.

“Dia sure dia pegang handphone time naik tangga tadi. Then, before dia masuk kelas, dia langgar someone. Cam handphone dia jatuh time tu, dia je yang tak perasan. “ Hani terang pada Maieza dan Fad.  Kedua-duanya mengangguk.

Nada telefon disana masih berbunyi-bunyi minta diangkat. Yasminn telefon buat kali kedua lepas panggilan pertama tak diangkat. “Erh, hello? Hello, siapa ni?” Yasminn bertanya

“Did you just call me to ask who I am?” Satu suara laki menjawab dalam nada berbisik

Mamca bunyi orang pervert pun ada. “Urmm, ini handphone saya. Urmm. awak siapa and kat mana?”

“Urmm cik Yasminn. Saya dalam kelas ini. Nanti saya mesej atau call balik” Suara itu meletak telefon.

“Weyhh” Yasminn meniliti handphone Maieza. Kaget seketika.

“Kenapa?” Hani Tanya.

“Mamat tu kata nanti dia call or mesej balik. Dia kata dia dalam kelas. Di-dia tahu nama aku”

“Dia tahu nama kau. How where what why who?” Fad pula berkata.

“Yang penting handphone kau dah jumpa. Dan kau boleh pergi ambil makanan dan Fad boleh makan jugak. Dari tadi haru aku tengok dia jelling-jeling nasi dia” Maieza menyiku tangan Fad.

“I did not jeling. “ Fad membalas kata.

“Did too” Maieza membalas.

“You feel better right?” Hani menanya pada Yasminn . Yasminn mengangguk separuh.  “Jom ambil nasi” Hani berdiri.

Handphone Maieza berunyi lagu Just the way you are- Bruno Mars tanda ada mesej. “Miss Yasminn, let’s meet at kolej kafe at 5.30. I’ll return your handphone there” Maieza membaca mesej di handphone.

“Oh, thank god. Aku ingat dia main-main ke apa tadi. “ Yasminn berkata dan menarik nafas lega. Dia berdiri, “Jom Hani ambil nasi. Lapar la pula. Fad makanlah. Dah macam pelarian Serbia aku tengok kau dah”

“Terima kasih kawanku” Fad berkata dan mengangkat tangan untuk membaca doa makan. Mereka bertiga sengih melihat gelagat Fad yang makan macam dah bertahun-tahun tak jumpa nasi. Padahal tadi Fad ada cerita dia makan nasi lemak untuk breakfast.

/////////////////////////////////////////////////////////////

Yasminn membasuh tangan dan memandang sekilas Maisarah yang sedang mengangkat baldi berisi baju. “Kau basuh semua itu pakai tangan ke?” Maisarah senyum segaris dengan soalan Yasminn.  “Kenapa tak pakai washing machine je” Yasminn bertanya.

“Dari guna duit syiling untuk guna washing machine, baik saya masuk tabung je” Maisarah memerah baju sebelum disidai di ampaian. Dia memerah seluar pula dan dikibas sedikit.

“Eyy, perciklah” Yasminn melompat ke belakang.

“Awak pergi lah berdiri jauh sangat. Ikut saya sidai baju ni nape?” Maisarah senyum lagi dan menyidai seluar di ampaian.

Yasminn bersandar di tepi pintu. “Sarah, nak tanya soalan jap”

“Apa dia” Maisarah kata dan tak mengangkat muka.

“Awak ni kan Chinese erh?”

“Awak rasa?”

“Mata awak sepet, kulit putih. Cakap pun pelat-pelat sikit. Macam tak ada je….. darah Melayu?” Yasminn meletak tangan di atas dinding.

“Humm. Saya memang Chinese pun. Tak ada darah MElayu langsung”

“Haaa, dah agak dah” Yasminn memetik jari kegembiraan,“Tapi awak kan umm”

“Kalau awak nak tahu, awak ikut saya pergi jumpa keluarga angkat saya petang ini.” Maisarah memerah baju yang terakhir. Dia mengangkat baldi kosong itu. “Lalu sikit”

Yasminn mengundur untuk memberi laluan pada Maisarah. Yasminn membuntuti Maisarah. “Jumpa keluarga angkat awak petang ini? Alaa, petang ini tak dapatlah.” Yasminn menepuk dahi.

“Kenapa” Maisarah meletak baldi di bawah sinki dan membilas tangan yang sikit kesat.

“Petang ini saya nak jumpa orang yang terambil handphone saya.”

Maisarah memandang Yasminn pelik. “Handphone awak?”

“Pagi tadi kan saya bangun lambat. Time saya naik tangga kat fak( fakulti) saya pegang handphone saya tengok mesej dari Maieza cakap kelas katne. Pastu time corner kanan terlanggar la satu mamat ini. Handphone saya jatuh, saya terperasan. Kalut punya pasal” terang Yasminn.

Maisarah mengangguk tanda faham. Mereka berdua masuk ke dalam bilik. Maisarah menarik kerusi untuk duduk. “Lepas itu?”

Yasminn baring tiarap atas katil Maisarah. Dia menopang tangan di atas katil. Meletak dagu di atas tapak tangan. “Pastu, saya call handphone saya guna handphone Mai. Yang mamat tu angkat lah phone pastu dia kata dia ada kelas dan dia letak telefon. Pastu yang mamat tu dia mesej kata nak jumpa kat kafe kolej petang ini.”

Maisarah mengangguk dan menyelak novel Versus karya Hlovate. Yasminn meniliti Maisarah. Dia berdiri dan memandang buku-buku di meja Maisarah. Semuanya buku agama, buku al-Ma’thurat, surah Yassin, Tafsir mini dan Al-quran. Kalau ada novel pun, novel Hlovate semua. Novel Hlovate ini semua tak berat, tak ada cintan-cintun. Itu kata Sarah.

Telefon Sony Erricson W205 bernyanyi lagu Sumayyah-Hijjaz. Maisarah mengangkat telefon. “Waalaikummussalam. Ye, abang Hairul. ………..Sarah datang petang ini.  ………….Tak menyusahkan ke? Sarah boleh ambil bas je………. Oh, abang dari fakulti. “ Maisarah berkata pada orang yang memanggil.

Yasminn mengundur ke meja untuk memberi ruang privasi pada Maisarah. Dia membuka laptop netbook ayahnya. Inilah laptopnya sementara dia menunggu jawanpan dari JPA. Kalau dia jadi dapat biasiswa JPA, dapatlah beli laptop baru. Campur-campur dengan duit yang ayah bagi sebab result matrix dulu dengan duit JPA, dapatlah merasa laptop sendiri. Yasminn mencucuk Celcom broadband ke lubang USB.

“Okeh, jumpa nanti. Assalamualaikum” Maisarah menekan punat merah dan meletak handphone di atas meja. “Erh, malam tadi awak tidur pukul berapa?”

“Urmm, lambat?” Yasminn menjawab tanpa mengalih pandangan kepada Maisarah. Takut terkantoi bila bertentang mata.

“Okeh, saya solat Asar dulu” Maisarah bangun apabila mendengar azan menandakan waktu Asara dari masjid UPM.

1 comment:

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.