Monday, July 11, 2011

Cerpen Bersiri. LOL.

Bila Hawa ini bukan untuk Adam itu 1

2006, April 20.
Dia mencium tangan ibunya, Datin Naura. Ibunya mencium dahinya dan berkata, “Duduk sini. Belajar rajin-rajin. Jangan sibuk masuk aktiviti sana sini.”.
 “Lepas itu, solat jangan tinggal. Rajin-rajin buat solat hajat terutama bila dah nak dekat dengan exam”, Abahnya,Datuk Salim pula berkata. Yasmin sengih seperti kerang busuk. “Tengok tu, orang cakap je senyum je. Buatnya pastikan,”Abah menyambung kata.
Datuk Salim dan Datin Naura sudah arif benar dengan perangai Yasmin yang tak senang duduk. Ada sahaja program yang bakal dimasukinya. Dari zaman sekolah rendah ke zaman sekolah menengah. Pengawas, Perpustakawan, Setiausaha Kelab, Naib Pengerusi Kelab Pembimbing Rakan Sebaya sampailah ke Wartawan Kelab Editorial di Matrikulasi. Terlebih aktif sampai kadang-kadang menganggu prestasi akademik tapi masih dia atas kadar cemerlang.
            “Tengoklah camne mak, abah”kata Yasmin sambil mengangkat beg plastic Carrefour berisi stok makanan selama seminggu. Yasmin tidak pasti sama ada dia sempat menjamah biskut sepanjang minggu orientasi ini. Minggu Orientasi yang sangat penuh dengan segala macam aktiviti. Dia melambai perlahan kereta Mercedes E-series putih yang membawa ibu dan abahnya pulang ke rumah.
            Dia lekas melangkah ke bangunan Kolej Kejut 11(Kejuruteraan) dan memasuki lif ke tingkat 4. “Nanti-nanti,jangan tutup lif dulu”Satu suara dari luar lif. Yasmin lekas menekan butang buka lif. Satu gadis cilik berkulit putih mengangkat dua kotak di tangannya. “Errr, boleh tolong tahan lif ini jap. Aku nak masuk lagik 2 kotak.”kata si gadis cilik itu. Yasmin mengangguk perlahan dan menanya, “Kau tingkat berapa?” Gadis cilik berkata,“Tingkat 4. Erh,sama. Hehee. Ak Maieza Saidah Harun. Panggil aku Mai.” ”Aku Yasminn Salim. Panggil Minn. Blok mana?”Yasmin menanya. “Blok D. Ko?”Mai pula menanya. “Hahaa. Sama-sama. Nak aku tolong tak dengan kotak-kotak ini?”
Dari situ lah jalinan persahabatan Yasmin dan Maieza terjalin. Mereka berdua kemana-kemana dalam minggu orientasi. Lagi-lagi mereka saling berjiran dan juga dalam kursus yang sama. Kadang-kadang Yasmin boleh terlupa kepada teman sebiliknya, Maisarah jika lepak bersama Maieza.

“Cik Mamai. Cepat-cepat faci dah buat pengumuman tu” Yasmin menjerit sambil mengetuk pintu bilik Maieza berkali-kali. Maisarah yang sedang mengikat tali kasut hanya mampu tersenyum dengan kekalutan Yasmin.

“Kejap-kejap” Maieza menjerit dari dalam bilik. Maieza keluar dari biliknya keseorangan. Dia memakai stoking dengan tangan kiri sambil tangan kanannya mengunci pintu bilik.

“Mai, your roommate?” Yasmin menanya.

“Dia dah blah. Bila entah aku  pun tak perasan” kata Maieza sambil menyarung kasutnya.

“Mai, tak payah la pakai stoking dulu. Nanti dalam bas pakai stoking lah.” Yasmin  berkata lagi sambil mencekak pinggang.

“Mai, awak jangan cakap orang. Mana awak punya tag, nanti tak pasal-pasal kena dengan faci. Semalam seorang budak dah kena tengking dengan faci” Maisarah pula menyambung. Yasminn menepuk dahi dan lekas masuk ke dalam bilik kembali.

“Ceh, cakap orang” kata Maieza.

Mereka bertiga lekas berlari ke elevator. Gara-gara cemas sangat kerana elevator yang lambat sampai mereka lari ke bawah menggunakan tangga.

“Dalam kiraan 10, jika masih ada siswi yang di dalam bangunan, siaplah! 10, 9, 8” kata Anis Zahira, Ketua Fasilitator @ Presiden Kolej Mawar 2 sambil bercekak pinggang.Mujur mereka sempat bertiga lari masuk ke barisan sebelum kiraan ketua Fasilitator sampai kosong. “ Tiga abdul ni lambat lagi. Balik-balik muka korang yang lambat. Dari hari pertama sampai hari ini. Korang tak bosan ke”, Anis menjeling mereka bertiga yang berdiri di belakang barisan. Maieza dan Maisarah tertunduk malu sementara Yasminn memandang Anis Zahira dan menggeleng kepala. “Aie, kira semua siswi tengok cukup ke tak” Anis mengarahkan Aishah Ayuni, Pembantu Ketua Fasilitator @ Naib Presiden Kolej Mawar 2.Selepas semua siswi cukup, mereka diarahkan untuk menaiki bas ke Dewan Besar.

Intro, drum roll please! Walaupun baru hari ketiga aku dan mereka-mereka berorientasi, semua siswi Kolej Mawar 2 nampak kepenatan bahana aktiviti yang kami ikuti. Dari ceramah dan aktiviti sukan pada waktu siang sehingga aktiviti Latihan Dalam Kumpulan sampai ke larut malam. Tidak cukup tidur dengan kepenatan sudah pasti dengan Solat Subuh berjemaah diwajibkan kepada siswi-siswi. Aku yang sudah biasa tidur lewat dan bangun awal berbulan lamanya sudah pastinya menerima kejutan fizikal.

Sebaik sahaja siswi Kolej Mawar 2 sudah selamat duduk di tempat mereka, siswa Kolej Mawar 1 pula sampai dengan sorakan semangat  mereka. Kolej Mawar kedua-duanya pelajar Kejuruteraan cuma Mawar 1 menempatkan para siswa manakala Mawar 2 para siswi. Kolej Mawar 2 lebih dikenali kerana keriuhan mereka yang menarik minat sesiapa sahaja walau di mana sahaja.

“Diorang dah sampai dah” Yasminn berkata riang pada Maieza. Maisarah yang bosan membuka buku ‘La Tahzan Muslimin’ yang dibawanya dari kolej. Walaupun Yasminn kadang-kadang rasa meluat melihat keriuhan tapi setiap kali Kolej Mawar 1, ada seorang saja yang menarik matanya. Zarul Adam Hamidi. Dia sentiasa bersama-sama Kapten siswa Tahun 1 menyorak kata-kata semangat Kolej Mawar 1. Hensem ke? Kulit putih, tinggi. Boleh tahan lah. Muka dia nampak cam educated but you know people we can never judge a book by its cover or its title. He is my style.

“Okeh, semua bangun-bangun” Kapten siswi Tahun 1 menyuruh siswi untuk berdiri. Inilah rutin mereka seiap kali masuk ke Dewan Besar. Berlawan sorakan. Aku pun tak tahu apa motif lawan sorak-sorak ini. Tadi bunyi dewan besar ini takde lah gamat sangat dengan sorakan tapi musuh tradisi semua orang aka Kolej Mawar 1 dah sampai. Semua nak lawan. Every boys want to be them, every girls want to be with them, cheshh as if.

Tapi tanpa motif aku pun duduk menyorak sambil berdiri sebelah kapten bagai penolong kapten. Tangan pun duduk melonjak, tinggal tak panjat kerusi je lagik. Kira okeh la tuh, senior kata tahun-tahun yang lepas hamper nak panjat kerusi. Mungkin batch aku pemalu, mungkin. Aku yang terperasan macam ada orang perhati aku terus mencari punca. Pandang-pandang, terpandang si Zarul Adam Hamidi. Pandangan kami bertaut. Aku terus kalih pandangan bila dia dah tersenyum. Ishh. Kot ye pun jantung nak berdebar cam nak terkeluar dari badan mungkin boleh bagik ak warning dulu. Aku menarik nafas lega selepas jantung aku yang tadi bedegup kencang kembali normal.

Tak lama selepas gamat dan riuh rendah Dewan Besar dengan sorakan selamat dari semua kolej, pengacara majlis mengarahkan kami diam tanda majlis akan bermula. Dah mula dah kebosanan. Maisarah yang tadi sama semangat dengan aku bersorak kembali membuka bukunya. Maieza pula mula memanggung kepala.

“Aku nak pergi keluar jap” kata aku pada Maisarah. Maisarah mengangguk tanda sudah memahami. Aku berjalan menuju ke tangga luar yang tersorok sedikit dari pandangan ramai. Aku melabuhkan punggung dan mengeluarkan kertas putih yang masih bersisa lukisan dan pensil dari beg. Aku menggaru dagu yang tak gatal.

Aku menyambung lukisan semalam. Gambar pokok di tepi jalan. Aku mencorak lukisan semalam. Dari sepohon pokok ke jalan-jalan yang dipenuhi kereta. Aku melukis gambar seorang yang duduk di bawah pohon itu. Seorang lelaki yang sedang membaca sambil telinganya disumbat earphone. Aku berhenti seketika. Oh, lelaki ini. Aku baru lukis gambar mamat itu, Zarul Adam Hamidi. Dalam  banyak-banyak lelaki kenapa mesti lelaki itu. Ah, mesti sebab pandangan kami yang bertaut tadi mungkin. Aku yang merasa bagai ada yang memerhati mendongak.

“Hai?”

Yasminn melompat menjauhi dia.

Adam tersenyum melihat reaksi Yasminn. “Sorry, did I surprise you?”

Aku mengangguk perlahan.

“Sorry. It is kind of a bad habit.” Dia tersenyum.

“Okay, Minn. Boleh aku duduk?”

“Duduklah. Macam tak biasa je” Yasmin bergurau.

Adam sengih dan duduk di sebelah Minn. “Kau tengah melukis tadi. Sambunglah melukis. Aku tak kacau pun” Adam bersandar di dinding. Dia menutup perlahan.

Yasminn memeluk lukisan itu ke dadanya. Macam mana nak lukis kalau orang yang aku telah itu kau. Yasminn memandang ke hadapan lama, termenung. Kemudian bila dia pasti Adam sudah tidur, dia mengawang-gawang tangannya di hadapan muka Adam. Tiada reaksi. Yasminn menarik nafas lega dan dia kembali melukis.

Inilah rutin Yasminn dan Zarul tatkala ada ceramah di dalam Dewan Besar. Dia akan pergi di tepi tangga itu melukis sementara Adam akan tidur di sebelahnya. Tanpa kata atau apa-apa. Dan apabila Maieza mesej Yasminn tanda ceramah sudah habis, Yasminn akan menolak bahu Adam perlahan dan Adam akan terbangun sendiri.
\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\

“Ahh, penatnyaaaaaa” Yasminn menghempas badan ke katil. Kepenatan.

Maieza yang sedang membuka kasut hanya mampu menggeleng. “Min, awak pergi solat dulu. Awak tu kalau dah sampai katil terus tidur. “ Maieza mencapai selipar.

“Baiklah mak.” Yasminn senyum. Maieza keluar ke bilik air. Tatkala Yasminn mula memejam mata, dia terkejut apabila pintu biliknya dibuka.

“Minn, jom pergi toilet sama-sama. Aku takutlah.” Muka Maieza menjengul dari pintu.

“Hahaa. Jom jom. Roomate kau mesti dah tidur kan. “ Yasminn mencapai towel dan keluar bilik. Aras yang mereka duduki sekarang hanya ada dua bilik yang dihuni kerana pelajar senior masih belum masuk. Lagi-lagi bilik mereka paling hujung.

Yasminn masuk ke tandas sementara Maieza mencuci muka. Yasminn baru usai mengambil wudhu’ dan menunggu Maieza yang baru habis mencuci muka.

“Kau pakai apa tu Mai? Tadi aku tengok kau dah cuci muka, ini sapu losyen pula” Yasminn memandang Maieza.

“Ini namanya kaq. Pelembap. Wajib pakai lepas kita cuci muka. Sebab lepas kita cuci muka, kulit kita akan jadi kering. “ Yasminn mengangguk tanda memahami kata-kata Maieza. Anyway kan, aku tak pernah nampak kau cuci muka tapi kulit kau e”lok je. Ke ko guna pencuci make up je?”

“ Ak guna pencuci muka or pencuci make up? Aku make up pun tak pakai. Tak reti la” Yasminn menilik wajahnya di cermin.

“Oh, kulit ko virgin la ni. Okey siap. Jom”

 Mereka berdua melangkah ke bilik masing-masing. “Goodnight Minn”

“Night night Mai"




No comments: